Apex Legends seringkali membawa kejutan setiap kali acara baru dilancarkan. Kali ini, pelancaran acara ini akan membawa sekali skin Heirloom Rampart serta tema lokasi baharu dan lain lagi. "> Apex Legends seringkali membawa kejutan setiap kali acara baru dilancarkan. Kali ini, pelancaran acara ini akan membawa sekali skin Heirloom Rampart serta tema lokasi baharu dan lain lagi. " /> Apex Legends seringkali membawa kejutan setiap kali acara baru dilancarkan. Kali ini, pelancaran acara ini akan membawa sekali skin Heirloom Rampart serta tema lokasi baharu dan lain lagi. " />

Acara Evolution Apex Legends membawa Heirloom baru dan lain lagi

Apex Legends seringkali membawa kejutan setiap kali acara baru dilancarkan. Kali ini, pelancaran acara ini akan membawa sekali skin Heirloom Rampart serta tema lokasi baharu dan lain lagi. 

Antara penambahan yang paling ketara dari acara ini adalah penambahan lokasi baru di peta World’s Edge.

Pemain akan dapat lihat sebuah kapal besar kepunyaan Rampart yang dinamakan Big Maude. Big Maude akan terletak di antara Lava City dan Geyser. Berdasarkan pengalaman, lokasi ini bakal menjadi tempat kegemaran ‘hot drop’ bagi pemain kerana loot yang ditawarkan amat berbaloi apabila anda berjaya bertahan hidup dari serangan oleh pelbagai skuad yang turun di situ juga.

Selain World’s Edge, mod Arena juga menerima beberapa perubahan dengan Rampart’s Arenas Extravaganza. Hal ini akan membenarkan pemain membeli senjata khas yang bertaraf tinggi yang sudah siap dipasang segala ‘attachments’.

Rampart sendiri juga menerima pelbagai penambahbaikkan terhadap kit beliau. 

Antara perubahan yang ketara adalah Rampart kini mampu mengangkat dan menggunakan kuasa ultimatenya, Sheila, sambil berjalan. Namun, peluru terhad dan ia mengambil masa yang lama untuk bersedia untuk menembak.

Rampart boleh meletakkannya dan menggunakannya seperti biasa selagi ia mempunyai peluru dan masa belum tamat. Tetapi setelah dia meletakkannya di tanah, dia tidak lagi dapat mengambilnya dan berlari dengan Sheila.

Rampart juga menerima skin Heirloom yang dinanti-nantikan oleh peminat watak itu. Senjata Heirloom itu berupa seperti sebuah sepana berwarna merah yang akan disertakan animasi khas. Selain Heirloom itu, Rampart akan menerima skin kosmetik berwarna biru dan kuning. Watak lain juga akan menerima skin kosmetik baharu dari acara ini.

Acara Apex Legends Evolution Collection Event akan berlangsung di semua platform pada 14 September ini

RELATED NEWS

+