Moco adalah salah satu watak yang digemari ramai oleh peminat permainan battle royale Free Fire. Kini, Garena mengacah acara Moco Rebirth melalui laman YouTube dan pelantar media sosialnya. Moco Rebirth bakal berlangsung pada 10 September."> Moco adalah salah satu watak yang digemari ramai oleh peminat permainan battle royale Free Fire. Kini, Garena mengacah acara Moco Rebirth melalui laman YouTube dan pelantar media sosialnya. Moco Rebirth bakal berlangsung pada 10 September." /> Moco adalah salah satu watak yang digemari ramai oleh peminat permainan battle royale Free Fire. Kini, Garena mengacah acara Moco Rebirth melalui laman YouTube dan pelantar media sosialnya. Moco Rebirth bakal berlangsung pada 10 September." />

Acara Free Fire Moco Rebirth diacah, berlangsung 10 September

Moco adalah salah satu watak yang digemari ramai oleh peminat permainan battle royale Free Fire. Kini, Garena mengacah acara Moco Rebirth melalui laman YouTube dan pelantar media sosialnya. Moco Rebirth bakal berlangsung pada 10 September.

Pada waktu ini, Garena memperkenalkan acara baru iaitu The Free Fire Puzzle Event di mana pemain harus menyelesaikan satu set ‘puzzle’.

Acara ini dijadualkan dari 6 September hingga 12 September.

Para pemain akan mempunyai tujuh hari untuk menyelesaikan misi untuk mendapatkan hadiah khas. Dalam acara ini, kita dapat melihat kelahiran semula Moco. Di sini, pemain harus menjauhkan Moco dari semua halangan. 

Antara bonus yang ditawarkan kepada pemain adalah set koleksi ekslusif, antaramuka yang baharu, acara dalam permainan, serta pelbagai item kosmetik. Garena merancang untuk menambah kostum baru dan kulit pet kesayangan baru seperti Sensei Tig semasa acara berlangsung.

Selain itu, antaramuka Free Fire akan berubah sepanjang acara Moco Rebirth. Antara muka itu digelar sebagai Coder’s Crib. Acara bertema ini akan menawarkan aktiviti dan ganjaran dalam permainan setiap hari kepada pemain. Antara ganjarannya ialah insentif log masuk setiap hari, serta mata wang Moco yang dapat ditukar dengan barang eksklusif di kedai Horizon yang digodam

Acara The Moco: Rebirth akan memperkenalkan para pemain kepada Moco, seorang penjahat yang membantu rakannya, Steffi dalam melarikan diri dari penjara. Dalam usaha membebaskan Steffi, Moco bertemu dengan rakan lama, yang membuka jalan untuk kebangkitannya. Moco yakin bahawa dia tidak terikat dengan peraturan dunia dan bebas menjalani hidupnya walau apa yang dia mahukan

Video animasi penuh Moco Rebirth akan dilancarkan di YouTube rasmi Free Fire pada 18 September.

RELATED NEWS

+