Acara ulangtahun ke-19 MapleStorySEA Fantasy Dreamland akan hadir ke Malaysia

Bersempena dengan ulangtahun ke-19 MapleStorySEA akan mengadakan acara di IOI City Mall pada 21 Jun sehingga 23 Jun ini.

Acara ini juga akan membawakan banyak pengalaman magikal termasuk permainan dan aktiviti menyeronokkan disamping mendapat peluang untuk memenangi pelbagai hadiah.

Tambahan lagi, MapleStorySEA juga akan memperkenalkan kemaskini besar terbaru khas untuk pemain dan peminat MapleStorySEA.

Kemaskini Terbaru MapleStorySEA Summer of Shining Idols

Angelic Buster

Class baru Angelic Buster juga akan diubah kemaskini terbaru. Setiap skill yang lama akan diubah sesuai dengan meta moden MapleStorySEA.

Angelic Buster juga akan membawa tema idola K-pop. Bersempena Musim Panas, acara Sparkling Celebration with Lucid juga akan diadakan.

Sistem Tera Blink + Hyper Burning

Sistem baharu juga akan diperkenalkan iaitu Tera Blink + Hyper Burning dimana sistem tutorial baharu akan diperkenalkan yang akan terus membawa anda ke Level 200.

Spiegelmann’s Growth Guide juga akan disediakan untuk membantu misi-misi untuk ke Level 260 kelak.

6th Job Skills baharu

Kemaskini ini juga akan memperkenalkan 6th Job Skills baharu.

Menambah lagi kuasa 6th Job, Skills baharu akan diperkenalkan dimana setiap class akan mendapat dua skills baharu.

Dua skill tersebut adalah:

  • 6th Job Mastery Skills: Setiap kelas akan mendapat Mastery Skill kedua untuk membantu anda berlawan.
  • 6th Job Common Skills: Skill pertama universal akan diperkenalkan untuk setiap kelas yang membantu dalam pembinaan karakter anda menjadi lebih kuat.

Sistem Union Artifact

Sistem ini direka untuk mempercepatkan lagi pertumbuhan karakter anda dengan lebih cepat.

  • Multi-Character Growth: Sistem ini akan menggunakan power kesemua karakter yang anda ada untuk menambah lagi kekuatan berlawan dalam MapleStorySEA.
  • Daily dan Weekly Mission: Habiskan misi Daily dan Weekly untuk mendapatkan ganjaran yang akan membantu anda menjadi lebih kuat.

Acara Ulangtahun ke-19 MapleStorySEA!

Acara ini akan dianjurkan eksklusif di Malaysia iaitu di IOI City Mall, Putrajaya pada 21 sehingga 23 Jun ini.

Beberapa aktiviti juga akan disediakan disana!

  • Maple Mastermind Trials: Uji pengetahuan dan pemikiran strategi anda dalam trivia dan teka-teki MapleStorySEA
  • Booth Seni bertemakan MapleStorySEA
  • Booth Foto MapleStorySEA
  • Pentas aksi MapleStorySEA yang dipenuhi dengan aktiviti menarik
  • Barangan eksklusif termasuk in-game items!

Jangan lupa untuk menyambut ulangtahun ke-19 bersama MapleStorySEA.

RELATED NEWS

+