Acer melancarkan Predator Orion 3000 bersama dua monitor USB Type-C

Acer telah mengumumkan beberapa produk baharu mereka yang kini telah tiba di Malaysia. Antara produk-produk gaming yang menarik ialah komputer Predator Orion 3000, monitor Predator XB273U GX, dan monitor Acer CB32CK C.

Dua ciri istimewa Predator Orion 3000 ialah saiznya yang kecil dan ruang lebihan untuk pemasangan komponen-komponen baharu pada masa depan. Anda boleh memilih sama ada untuk memasang kad grafik Nvidia GeForce GTX 1660 Super atau RTX 2060 Super. Untuk pemproses pula, boleh pilih antara Intel Core i5-10400F dan i7-10700.

Model Predator Orion 3000 yang menggunakan GTX 1660 Super berharga RM4,099 manakala model RTX 2060 Super pula berharga RM6,799.

Monitor Predator XB273U GX bersaiz 27 inci dan mempunyai paparan beresolusi 2560 x 1440 bersama kadar segar semula 240Hz. Jika 240Hz tidak mencukupi, anda boleh overclock monitor ini sehingga ia mencapai 270Hz! Monitor ini juga hadir bersama Nvidia G-Sync dan dijual pada harga RM3,299.

Acer CB32CK C pula merupakan sebuah monitor ultra-luas dengan resolusi 3440 x 1440 dan kadar segar semula 75Hz. Ia menggunakan skrin IPS dan hadir bersama AMD Radeon FreeSync. Anda boleh mendapatkan monitor ini pada harga RM1,799.

Kedua-dua monitor ini mempunyai sambungan USB Type-C dan menyokong penggunaan kuasa 65W.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk di atas, anda boleh melayari laman web rasmi Acer Predator.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+