Acer memperkenalkan meja dengan pengayuh untuk bekerja sambil bersenam

Pernah rasa ingin bersenam sambil bekerja? Acer hari ini mengumumkan ‘meja basikal’ Acer eKinekt BD 3, sebuah meja yang menggabungkan ‘basikal’ ataupun lebih tepat, pengayuh yang mana setiap kayuhan akan menjana tenaga kinetik.

‘Meja basikal’ ini membolehkan anda bekerja sambil bersenam. Lebih menarik, kayuhan anda akan menjana 75 watt pada kadar 60 RPM. Tenaga dijana ini membolehkan anda mengecaj komputer riba dan peranti lain. 

Peranti ini juga sesuai untuk anda yang bekerja dari rumah (WFH) atau di pejabat dan ia menawarkan dua port USB Type-A dan satu USB Type-C, penggantung beg dan pemegang minuman. Meja ini juga boleh diselaraskan ketinggian mengikut kesesuaian anda.

Dalam Mod Bekerja, permukaan meja akan lebih rapat dengan kerusi untuk anda duduk dalam keadaan tegak sambil menulis dan mengayuh. Dalam Mod Sukan, meja itu akan lebih jauh dan anda ada lebih ruang di bahagian kaki untuk kayuhan lebih laju. Nak ke mod bekerja balik? tarik saja permukaan meja ke posisi asal.

eKinekt ini juga mempunyai aplikasi mesra pengguna untuk anda melihat rekod kayuhan dan data kalori dibakar serta berapa banyak watts yang dijana.

Buat masa ini, produk ini hanya akan tersedia pada bulan Jun di Amerika Utara dan EMEA dan Taiwan pada April. 

Tawaran harga tempatan masih lagi belum diumumkan.

RELATED NEWS

+