Acer Asia Pacific Predator League 2020 Ditunda Atas Kerisauan Wabak Koronavirus

Semalam, Acer mengumumkan kejohanan berprestij mereka, Asia Pacific Predator League 2020 akan ditunda dan disambung semula pada Jun atau Julai tahun ini di atas kerisauan wabak Koronavirus yang melanda ketika ini.

Sebelum ini, pasukan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) –Battle Arena Elites (B.A.E) dan Dota 2 negara iaitu Flower Gaming sudah bersedia untuk menyahut cabaran di Manila, Filipina pada akhir Februari.

Berikutan penundaan itu, Acer mendedahkan 20,000 tiket dijual bagi kejohanan dengan prizepool AS$400,000 (RM1.64 juta) itu.

Untuk pengetahuan semua, Predator League 2020 ini adalah edisi ketiga dan sebelum ini Grand Finals diadakan di Jakarta dan Bangkok.

Ia mengumpulkan 12 pasukan Dota 2 dan 16 pasukan PUBG dari beberapa negara di Asia Pasifik antaranya Malaysia, Filipina, Indonesia dan Thailand.

Nantikan pengumuman lanjut dari Acer bagi penjadualan semula kejohanan ini kelak.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+