Acer Swift 5, komputer riba nipis dan berkuasa baru dari Acer

Jenama Acer adalah salah satu jenama yang tidak perlu pengenalan lagi di Malaysia. Ia adalah salah satu jenama yang boleh diharap di rumah mahu pun di pejabat. Oleh itu, Acer meningkatkan lagi taraf komputer ribanya dengan pengenalan Acer Swift 3 dan Swift 5 yang dilengkapi pemproses Intel 12th Gen yang serba boleh.

Acer Swift 5

“Direka bentuk untuk eksekutif dan profesional yang sering bergerak, Acer Swift 5 terbaharu menawarkan keseimbangan prestasi dan mudah alih yang sempurna,” kata James Lin, Pengurus Besar, Komputer Riba, Perniagaan Produk IT, Acer.

“Komputer riba yang disahkan Intel Evo bukan sahaja memberikan pengalaman yang hebat, ia ditempatkan dalam chasis unibody mesin CNC nipis dan ringan bergaya yang menampilkan paparan skrin sentuh yang cantik,” tambah Lin.

Komputer riba ini dilengkapi pemproses generasi ke-12 terbaru Intel dengan grafik Iris Xe. Sama seperti model sebelumnya, ia juga kekal nipis dan ringan dengan chasis tipis 14.95mm yang yang hanya berat sebanyak 1.2kg.

Selain itu, Swift 5 juga dilengkapi dengan skrin berdaya sentuh 16:10 yang lebih tinggi dengan resolusi 2560 x 1600 dan nisbah skrin-ke-badan 92.22%, tetapan memori sebanyak 16GB RAM dan 2TB PCIe Gen4 SSD, pembaca cap jari terbina dalam butang kuasa dan sehingga 10 jam hayat bateri.

Acer Swift 3

Acer Swift 3 pula adalah komputer riba 14-inci serba baharu yang sangat sesuai digunakan semasa dalam perjalanan. Tersedia dalam tiga reka bentuk yang alam 3 warna menarik, komputer riba ini dilengkapi pemproses Intel 12th Gen dan storan SSD sehingga 2 TB.

Ia menampilkan paparan 16:9 QHD atau paparan sentuhan FHD terang dan kamera web FHD dengan teknologi TNR Acer untuk panggilan video yang lebih baik, manakala Wi-Fi 6E dan Audio DTS menyumbang kepada pengalaman penstriman yang sangat baik. 

Kedua-dua komputer riba ini dilengkapi USB Type-C, USB Type-A dan HDMI 2.1.

Acer Swift 5 berharga AS$1,499 (RM6,300) manakala Acer Swift 3 akan bermula pada harga AS$849.99 (RM3,569). Kedua-dua komputer riba ini akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi namun tarikh pelancaran atau harga tempatan belum diumumkan oleh Acer.

RELATED NEWS

+