YouTube dan Facebook."> YouTube dan Facebook." /> YouTube dan Facebook." />

Acer umumkan 6 monitor baharu dalam siri Predator dan Nitro

Acer telah mendedahkan enam model baharu monitor gaming dalam siri produk Predator dan Nitro di acara next@acer 2020 Global Press Conference yang disiarkan secara langsung semalam. Anda boleh menonton rakaman siaran langsung tersebut di YouTube dan Facebook.

Tidak kira sama ada anda pemain profesional yang menceburi bidang e-sukan atau sekadar pemain biasa yang hanya ingin berseronok, Acer menjanjikan terdapat pilihan yang sesuai dalam kumpulan monitor baharu ini.

Untuk mereka yang lebih mementingkan prestasi permainan dan tindak balas pantas, monitor dari siri Predator XB3 lebih sesuai dengan adanya kadar segar semula yang sangat tinggi dan masa tindak balas hampir serta-merta.

Tiga model baharu dalam siri ini adalah Predator XB273U NV, Predator XB253Q GW, dan Predator XB323U GX. Berikut adalah spesifikasi untuk setiap monitor tersebut:

Acer Predator XB273U NV

  • Saiz paparan: 27 inci
  • Jenis paparan: IPS
  • Resolusi: 2560 x 1440
  • Masa tindak balas: 1ms
  • Kadar segar semula: 170Hz
  • Penilaian Delta E<1
  • Liputan spektrum warna 95% DCI-P3
  • Pengesahan VESA DisplayHDR 400
  • Teknologi perlindungan mata Acer VisionCare 4.0

Acer Predator XB253Q GW

  • Saiz paparan: 24.5 inci
  • Jenis paparan: IPS
  • Resolusi: 1920 x 1080
  • Masa tindak balas: sehingga 0.5ms
  • Kadar segar semula: 280Hz (overclockable)
  • Nvidia G-Sync

Acer Predator XB253Q GW

  • Saiz paparan: 32 inci
  • Jenis paparan: IPS
  • Resolusi: 2560 x 1440
  • Masa tindak balas: sehingga 0.5ms
  • Kadar segar semula: 280Hz (overclockable)
  • Nvidia G-Sync
  • Liputan 99% AdobeRGB
  • Pengesahan VESA DisplayHDR 600

Ketiga-tiga monitor di atas merupakan monitor rata yang mempunyai spesifikasi menarik. Jika anda lebih gemar menggunakan monitor lengkung, jangan risau. Acer juga mengumumkan sebuah monitor lengkung bersaiz 34 inci iaitu Predator X34 GS.

Acer Predator X34 GS merupakan sebuah monitor ultra-luas yang berlengkung. Ia menggunakan paparan IPS bersama resolusi 3440 x 1440 dan kadar segar semula 180Hz (overclockable). Pergerakan pantas dapat dipaparkan dengan baik di monitor ini dengan masa tindak balas sehingga 0.5ms.

Dari segi ketepatan warna, monitor ini mempunyai pengesahan VESA DisplayHDR 400 dan liputan spektrum 98% DCI-P3. Satu lagi ciri yang bagus ialah ia dipasang dengan dua pembesar suara 7 watt.

Untuk pemain kasual pula, Acer mengesyorkan monitor siri Nitro baharu iaitu Nitro XV272U KV dan Nitro XV272 LV akan memberikan pengalaman yang sangat memuaskan. Berikut adalah spesifikasi dua monitor tersebut:

Acer Nitro XV272U KV

  • Saiz paparan: 27 inci
  • Jenis paparan: IPS
  • Resolusi: 2560 x 1440
  • Masa tindak balas: 1ms
  • Kadar segar semula: 170Hz
  • Nilai rendah Delta E<1
  • Liputan spektrum warna 95% DCI-P3

Acer Nitro XV272 LV

  • Saiz paparan: 27 inci
  • Jenis paparan: IPS
  • Resolusi: 1920 x 1080
  • Kadar segar semula: 165Hz
  • Liputan warna 90% DCI-P3
  • Nilai rendah Delta E<1

Bagaimanapun, Acer tidak menyatakan tanda harga dan tarikh pelancaran untuk semua monitor yang disenaraikan di atas. Penulis telah menghubungi Acer untuk mendapatkan maklumat tersebut. Artikel ini akan dikemaskini apabila pihak Acer memberi jawapan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+