Acer umumkan barisan Komputer Riba Predator baru dalam It Lies Within

Acer Malaysia minggu lalu mengumumkan tiga model komputer riba Predator baru Predator Triton 500 SE (Special Edition), Predator Helios 500 dan juga Predator Helios 300.

Predator Triton 500 SE (Special Edition) dan Predator Helios 500 dikatakan mempunyai keupayaan sehebat komputer desktop.

Predator Triton 500 SE (Special Edition)

Predator Triton 500 SE hadir dengan pemprosesan 11th Gen Intel® Core™ i9 dan GPU sehingga NVIDIA® GeForce RTX™ 3080.

Dengan rekabentuk casis baru yang membawa rekaan ‘incognito’ yang juga sesuai digunakan untuk bekerja.

Komputer riba ini juga akan mempunyai RAM sehingga 32GB DDR4 dengan 1TB PCIe yang pantas.

Saiz skrin adalah 16 inch dengan paparan WQXGA.

Ditambah juga dengan AeroBlade™  3D fan generasi kelima yang pasti akan mengurangkan panas komputer riba anda.

Predator Triton 500 SE akan dijual pada harga RM8,999 sehingga RM12,999.

Predator Triton 500 SE kali ini dengan beberapa kemas kini terbaru pasti lebuh memuaskan dan lebih baik dari edisi lama.

Anda juga akan mendapat hadiah percuma bernilai RM2,414.

Predator Helios 500 – komputer desktop bergerak

Dikuasai NVIDIA® GeForce RTX™ 3080 dan procesor 11th Gen Intel® Core™ i9-11980HK, Predator Helios 500 mempunyai kuasa yang lebih dari cukup untuk apa-apa jenis permainan video AAA.

Bakal mempunyai RAM DDR4 sehingga 64GB dan juga dua 1TB PCIe NVMe Gen 4 SSD storage dalam konfigurasi RAID0.

Skin panel komputer riba ini adalah 17.3” inci dan bagi versi Intel® Core™ i9 panel itu akan mempunyai 4K Mini LED UHD dengan 120Hz.

Manakala Intel® Core™ i7 pula akan mempunyai FHD 360Hz dengan 3 Ms masa respon.

Dengan kuasa kipas Vortex Flow dan Aeroblade™ akan memberi kelebihan untuk suhu komputer riba anda.

Predator Helios 500 juga akan menggunakan papan kekunci Acer’s Racing Key atau Magforce yang mempunyai suis mekanikal Magtek.

Predator Helios 500 juga akan mempunyai banyak port seperti HDMI 2.1, mini-DP 1.4, USB Type-C Thunderbolt™ 4, USB 3.2 Gen2 ports dan satu RJ-45 port.

Komputer riba ini akan dijual pada harga bermula RM13,999 bermula 30 Oktober ini.

Anda juga layak menerima hadiah percuma bernilai lebih daripada RM2,000 yang merangkumi Predator Gaming Chair, Predator Gaming Utility Backpack, Predator Galea 350 Headset dan barangan edisi terhad.

Sebarang pembelian Predator Triton 500 SE atau Predator Helios 500 dari 30 Oktober sehingga 6 November layak menerima semua hadiah percuma yang disebut di atas dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih daripada RM2,000.

Predator Helios 500 adalah yang paling tinggi spesifikasi dan sudah pasti seperti desktop bergerak.

Kemudahan membawa kemana-mana dengan speksifikasi seperti ini tidak sahaja boleh digunakan untuk bermain permainan video malah boleh terus membuat penstriman dari komputer riba ini tanpa apa-apa masalah.

Predator Helios 300 – Siri Predator paling popular

Predator Helios 300 dikemaskini dengan pemprosesan 11th Gen Intel® Core™ i9 dan NVIDIA® GeForce RTX™ 3070.

Komputer riba ini mempunyai pilihan saiz skrin dari 15.6 inci ke 17.3 inci dan mempunyai 165Hz QHD IPS display dan 360Hz FHD IPS dengan 100% sRGB colour gamut.

Komputer riba ini akan mempunyai 32GB DDR4 RAM dan sehingga 1TB PCIe NVMe SSD termasuk satu tambahan HDD dan satu M.2 yang menyokong dua PCIe NVMe SSD.

Anda boleh terus membuat pra-tempah Predator Helios 300 di Acer estore, kedai Acer Flagship di Shopee dan rakan bertauliah Predator.

Harga Predator Helios 300 akan bermula dari RM7,999 untuk versi 17 inci dan variasi 15 inci akan bermula pada harga RM6,299.

Predator Helios 300 merupakan siri Predator yang paling popular dan paling berpatutan untuk semua masyarakat.

Spesifikasi kali ini pasti memuaskan dan sangat membantu untuk semua gamer yang ada.

Bagi tempahan awal untuk kesemua komputer riba yang bermula dari 30 September 2021 sehingga 6 Oktober 2021.

Anda layak menerima hadiah percuma bernilai lebih daripada RM1,000 yang merangkumi Predator Gaming Utility Backpack, Predator Galea 350 Headset dan barangan edisi terhad.

Predator Tribe

Memperkenalkan Predator Tribe untuk semua golongan masyarakat yang sukakan permainan video.

Predator berkolaborasi dengan Ai Gaming, ChuChu Gaming, MasterRamen and Spartanker yang digelar sebagai Predator Tribal Guardians.

Merchandise Edisi Terhad ini juga akan mempunyai rekaan dari kesemua Predator Tribe yang ada.

Rekaan merchandise ini juga adalah hasil kerjasama Vince Low.

Predator juga mengumumkan kolaborasi dengan Team Secret dan Team Lugiami.

Predator juga akan membuat pertandingan VALORANT dan Mobile Legends Bang Bang dengan jumlah wang hadiah sebanyak RM57,000.

 

Sebarang maklumat lanjut anda boleh melayari Facebook Predator Malaysia @PredatorGamingMY dan juga Acer estore.

 

RELATED NEWS

+