Activision Blizzard Berdepan Beberapa Lagi Saman Kerana Kes Perpisahan Bungie

Nampaknya kes Activision yang ‘bercerai’ dengan Bungie yang akan mengusahakan francais Destiny sepenuhnya tidak lagi berakhir.

Baca lanjut: Bungie Berpisah Dengan Activision

Laporan terbaru dari WCCFTech mengatakan dua lagi firma guaman sedang berusaha untuk memfailkan sama ke atas Activision Blizzard kerana berpendapat syarikat itu mengeluarkan kenyataan umum yang bercanggah dan palsu mengenai kes perpisahan dua syarikat itu. 

Laporan itu mengatakan “The Class Period adalah untuk pelabur yang membeli saham syarikat antara Ogos 2, 208 dan 10 Januari, 2019; pihak yang berminat untuk mengambil tindakan tidak lebih dari 19 Mac, 2019.”

Korang boleh baca kesemua posting penuh dari setiap firma guaman di SINI, tapi ini adalah ringkasannya:

Rosen Law Firm dan The Schell Law Firm – Firma ini mengatakan ada kegagalan dalam: (1) penamatan kolaborasi Activision Blizzard (ATVI) dan Bungie Inc, memberikan Bungie hak penerbitan penuh dan tanggungjawab ke atas francais Destiny akan berlaku; (2) penamatan hubungan antara dua syarikat yang akan memberikan impak negatif kepada pendapatan Activision Blizzard; dan (3), hasilnya, kenyataan umum Activision Blizzard adalah salah dan bercanggah. Apabila maklumat sebenar memasuki pasaran, kertas saman ini mengaku yang pelabur mengalami kerugian.”

Activision Blizzard belum mengeluarkan kenyataan balas sejak perpisahan itu, dan pastinya menarik untuk saksikan ke mana hala tuju siasatan ini apabila lebih banyak firma guaman terlibat.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+