Activision Blizzard Di Bawah Siasatan Kerana Kes Penipuan Selepas Berpisah Dengan Bungie

Nampaknya selepas tidak sehaluan dengan Bungie, Activision Blizzard kini dalam siasatan pula dalam penipuan selepas tuntutan dibawa oleh pelabur syarikat itu. Firma guaman Pomerantz LLP kini mengumpulkan pelabur-pelabur lain untuk memfailkan tuntutan mahkamah tapi setakat ini tiada lagi tuntutan rasmi dibuat.

Ia mungkin berkaitan dengan kejadian antara Activision dan Bungie yang berpisah. Malah, pengumuman Bungie yang meninggalkan Activision menyebabkan stok mereka jatuh menjunam kerana mereka tiada lagi hak ke atas Destiny dan ini membuatkan pelabur tak berpuas hati.

Mungkin ada kebarangkalian pelabur melakukan siasatan untuk melihat jika perpisahan itu mempunyai impak ke atas harga stok. Satu lagi kemungkinan ialah saham itu dah pun dijual sebelum perpisahan itu terjadi.

 

Apa yang kita boleh simpulkan sekarang ini ialah pegawai Activision terlibat dalam penipuan dan melaksanakan business practice yang tak mengikut undang-undang. Ia akan menyebabkan kesan buruk kepada nama Activision jika ia benar. 

Sementara itu, peminat Destiny boleh bersuka ria kerana tindakan Bungie yang beroperasi di luar kawalan Activision. Ia mungkin mereka tak bersetuju dengan pengenalan ciri seperti Eververse dan Season Passes. Dalam kesimpulannya, Activision menghalang Destiny dari merealisasikan impiannya.

 

Sumber: GameRant

RELATED NEWS

+