Activision Blizzard tubuh jawatankuasa khas berikutan isu gangguan seksual dan diskriminasi

Lembaga pengarah Activision Blizzard akhirnya menubuhkan sebuah jawatankuasa khas sebagai tindakbalas mereka terhadap isu gangguan seksual dan diskriminasi yang berlaku di dalam syarikat mereka.

Jawatankuasa Tanggungjawab Tempat Kerja (Workplace Responsibility Committee) itu akan diselia oleh dua pengarah wanita mereka iaitu Dawn Ostroff dan Reveta Bowers.

Mereka berdua ini akan “memantau setiap kemajuan syarikat dalam melaksanakan polisi, prosedur dan komitmen baharu dalam memastikan budaya kerja yang lebih baik, selain menghapuskan segala bentuk gangguan dan diskriminasi.”

Selain itu, mereka juga sedang berusaha untuk menambah pengarah baru yang pelbagai ke dalam barisan Lembaga pengarah.

Tambahan, pihak pengurusan termasuk Bobby Kotick juga perlu menyediakan laporan yang lengkap mengenai kemajuan yang dilaksanakan kepada jawatankuasa itu.

Dengan penubuhan jawatankuasa ini, ia dapat meningkatkan penglibatan pihak lembaga, selain membantu memudahkan pengawasan secara langsung dan meningkatkan ketelusan.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+