Ada apa Tealive dengan Mobile Legends?

Jenama rantaian kedai kafe minuman teh, Tealive mengacah satu kerjasama atau mungkin kolaborasi bersama Mobile Legends: Bang Bang.

Dalam satu posting ringkas di Instagram, mereka memuat naik satu foto dan menulis “Tealive X MobileLegends: Bang Bang”.

Jika dilihat di poster tersebut, ada tertulis juga nama UniPin yang mana merupakan satu syarikat penyedia perkhidmatan tambah nilai untuk MLBB. Ada kemungkinan pengguna UniPin akan menerima baucar Tealive dengan pembelian Diamonds melaluinya. 

Menerusi akaun @tealiveasia itu juga, tidak banyak info dikongsikan tapi peminat boleh menantikan berita selanjutnya pada 1 Mei nanti.

RELATED NEWS

+