Ada orang buat PC Gaming dalam akuarium ikan

Sudah pasti merendam barang-barang komputer di dalam air adalah benda yang bukan anda patut buat.

Malah untuk orang yang kurang pengalaman mengenai komputer pun faham, air dengan barangan elektrik adalah tidak elok.

Tetapi ada seseorang berjaya membuat PC di dalam akuarium ikan dan lebih menakjubkan komputer itu berjalan seperti biasa malah lebih sejuk.

Dibina oleh Overkill Computers, satu syarikat yang banyak membuat PC custom yang yang sangat menarik.

Penuh dengan warna-warni lampu RGB, rekaan ini juga menambahkan beberapa komponen yang jarang anda guna untuk memastikan komputer ini berfungsi.

Dari menggunakan air biasa, PC ini ditenggelamkan di dalam cecair dari Sumber 3.0 yang merupakan cecair untuk immersion cooling.

Cecair ini juga tidak konduktif dan tidak akan merosakkan barang-barang komputer anda.

Sudah pasti tiada ikan sebenar di dalam akuarium ini.

RELATED NEWS

+