Ada Persona 5 Royal versi PC dan Nintendo Switch?

Pembangun permainan francais Persona, Altus, dikatanya secara tidak sengaja (atau sengaja) menyatakan terdapat Persona 5 Royal untuk versi PC dan Nintendo Switch. Hal ini menimbulkan banyak spekulasi oleh peminat dan pemain francais itu.

Persona 5 Royal adalah versi Persona 5 yang sudah dikembangkan dan ditambahbaik. Bahkan ia mendapat skor sebanyak 95 oleh Metacritic pada 2020.

Melalui laman Twitter rasmi Altus_West, hal ini tertiris ketika mereka mengumumkan senarai hadiah yang akan dimenangi oleh peserta pertandingan kostum Altus-O-Weenie. Bahkan mereka juga menyatakan ianya bukanlah kesilapan. 

Ramai sedia maklum Persona 5 Royal hanya terdapat versi PS4 sahaja buat masa ini. Manakala, bagi pengguna PS5 ia hanya boleh dimainkan melalui ‘backward compatibility’. Buat pengguna Xbox pula, masih tiada berita mengenai versi konsol itu. 

Sumber: ComicBook

RELATED NEWS

+