Poizy akan pindah ke Pabz Esports MY untuk bermain bersama LinkEzaa?

Pabz Esports mula melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan pengambilan bekas-bekas pemain Lunatix iaitu LinkEzaa, Isonic, Iris dan juga Mann dan diberi nama Pabz Esports MY.

Menurut LinkEzaa, antara tujuan beliau berpindah ke pasukan Pabz Esports adalah untuk bermain bersama idolanya yang dikenali sebagai Poizy, seorang pemain profesional dari Indonesia.

Namun begitu, story Instagram Poizy menyatakan beliau sudah dikeluarkan dari Pabz Esports. Adakah beliau akan masuk ke pasukan Pabz Esports MY bersama LinkEzaa dan rakan-rakan?

Perkara itu masih menjadi tanda tanya dan kami masih menunggu pihak Pabz Esports untuk mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengulas isu ini. Nantikan berita selanjutnya.

Foto: Poizy

RELATED NEWS

+