Adakah Seer dari Apex Legends terlalu bagus?

Sejak minggu lepas karakter baru Seer di Apex Legends sudah membuatkan seluruh komuniti berdebat mengenai kekuatan dan keberkesanan Seer di dalam meta.

Ada yang percaya kelebihan recon Seer seperti menghalang beberapa skill, mendedahkan pihak lawan, sedikit damage over time, membutakan pihak lawan dan juga Ultimate yang menunjukkan pihak lawan di dalam kawasan yang sangat besar memberi masalah kepada pemain lain.

Tidak dinafikan Seer memang sangat kuat tetapi Seer adalah Legends baru.

Pemain newbie dan veteran juga masih cuba untuk mempelajari taktik bermain bersama atau berlawan dengan Seer.

Seer nyata memerlukan sedikit nerf dan telah dimaklumkan oleh Respawn.

Penukaran Seer di masa hadapan

Seer antara Legends yang susah untuk dilawan. Kuasa Seer nyata memberi impak di dalam meta.

Tidak seperti Bloodhound, Seer dicipta untuk menjadi versi Bloodhound yang lebih licik dan senyap.

Apex player shows off the power of Seer's kit with fantastic game-ending  play | Dot Esports

Tidak pelik legends baru sedikit kuat semasa pelancaran. Valkyrie juga pernah mendapat nerf dari Respawn selepas pelancarannya.

Sudah pasti Seer juga akan dikenakan sedikit penukaran supaya lebih adil.

Jadi apa anda perlu buat untuk berlawan dengan Seer?

Apex Legends Season 10 release time: Everything we know | PC Gamer

Pelbagai cara untuk berlawan dengan Seer.

1. Lemah dihadapan karakter yang pantas dan agresif

Walaupun Seer boleh mendapat maklumat lokasi dan HP pihak lawan, apa yang perlu anda buat adalah membuatkan Seer sebagai keutamaan untuk membunuh.

Karakter seperti Bloodhound dan Octane sesuai untuk strategi ini.

2. Karakter counter yang mempunyai mobiliti

Seer juga lemah dengan karakter yang mempunyai kelebihan mobiliti seperti Wraith dan Valkyrie yang boleh keluar dari kuasa Exhibit dari Seer.

Apex Legends Seer guide | PC Gamer

Setakat ini kelebihan Seer memang sedikit tinggi, tetapi Seer tidak terlaku kuat seperti yang disangka namun, Respawn akan membaiki isu ini dan memberi peluang untuk pemain berlawan dengan Seer supaya tidak terlalu OP.

RELATED NEWS

+