Adaptasi anime The Beginning After the End dari manhwa dan web novel terkenal bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Manhwa ini dicipta oleh TurtleMe dengan bantuan dari artis Fuyuki23 dari musim 1-5 dan disambung oleh MGK-story untuk Keitaro Motonaga.
Anime ini juga bakal diarah oleh Keitaro Motonaga (Digimon Adventure tri) dan dicipta oleh studio A-CAT.
format(webp))
Foto: Crunchyroll
The Beginning After the End menceritakan kematian misteri King Grey yang dihidupkan semula sebagai Arthur Leywin di benua magik Dicathen.
Walaupun dihidupkan semula sebagai bayi, dia masih mempunyai ingatan dari kehidupan sebelumnya.
Arthur mampu untuk mempelajari banyak magik-bagik baharu dan kini mahu memperbetulkan kembali kesilapan dari kehidupan lamanya dulu.
The Beginning After the End akan ditayangkan tahun hadapan dan tarikh tayangan masih belum diumumkan.
Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!