Adaptasi Pokemon aksi nyata sedang dibuat oleh Netflix – bakal dipelopori eksekutif cerita ‘Lucifer’

Detektif Pikachu bukan yang terakhir untuk kita melihat Pokemon aksi nyata

Netflix hari ini mengumumkan siri Pokemon sedang di dalam pembangunan awal.

Joe Henderson, eksekutif dari cerita Lucifer juga akan menjadi penerbit untuk cerita aksi nyata Pokemon ini.

Sejak Detective Pikachu yang boleh dikatakan berjaya namun tidak mencapai piawaian, Nintendo nampaknya masih belum berputus asa dengan adaptasi Pokemon.

Box Office: 'Pokemon: Detective Pikachu' Failed To Break The Video Game  Movie Curse

Dengan The Witcher, Castlevania dan Resident Evil yang berjaya di Netflix, kita mengharapkan Pokemon kali ini bakal menjadi siri yang lebih baik dari Detective Pikachu.

Mungkin kita akan melihat Red sebagai watak utama dan bukannya Ash Ketchum?

Patutkah kita risau disebabkan Netflix yang mengambilnya?

Sumber: Variety

RELATED NEWS

+