Adibah (Dibo) berharap lebih banyak kejohanan Mobile Legends untuk wanita

Kapten pasukan Rose Ophelia, Wan Nur Adibah Humairah atau Dibo berharap lebih banyak kejohanan Mobile Legends dianjurkan khas untuk wanita sahaja.

Dia ketika dihubungi berkata, kejohanan itu penting bagi menyaingi industri e-sukan yang sedang berkembang pesat terutamanya di negara jiran, Indonesia.

Adibah

“Saya rasa perlu ada sistem pengurusan seperti di Indonesia yang boleh melatih pemain-pemain ke tahap lebih tinggi.

“Jurang persaingan ini boleh didekatkan sekiranya ada lebih banyak kejohanan untuk wanita saja di Malaysia,” katanya.

Adibah berkata, penyertaannya bersama pasukan Rose Ophelia ke kejohanan UniPin Ladies SEA Invitational 2021 hanya berharap mengambil pengalaman dari pasukan luar.

“Kami menyertai UniPin Ladies Series MYSG dan kemudian berjaya dapatkan tempat kedua sekali gus memenangi slot ke peringkat Asia Tenggara.

“Dalam kejohanan ini, kami hanya mengambil pengalaman saja sebab tahu mereka (Indonesia) sangat kuat.

“Dengan adanya jurulatih, pengurusan, gaming house dan pengalaman yang banyak dalam bidang kompetitif membuatkan mereka pesaing yang hebat,” katanya.

Mengulas mengenai cabaran bermain di kejohanan itu tempoh hari, Adibah berkata, ada antara mereka yang masih belajar dan bekerja.

Malah, katanya waktu latihan yang terhad menyebabkan mereka selalu berlatih hingga lewat malam dan kadangkala jatuh sakit kerana tak cukup rehat.

UniPin Ladies Series Invitational mengumpulkan pasukan MLBB wanita dari Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand dan Kemboja.

Ia menyaksikan skuad Belletron Era muncul juara minggu lalu.

Rose Ophelia dianggotai oleh:

• Wan Nur Adibah Humairah: Dibo – Jungler (Kapten)
• Izyan Farhah: KilLuna – Tank
• Puteri Anis: Putnis – Midlaner/Gold Lane 
• Norain: Ainn – Midlaner
• Chen Jia Min: Belle – Midlaner
• Nurul Nabiha: Bieha – Exp Lane
• Afrina: Pina – Gold Lane

RELATED NEWS

+