solebyjc telah mendedahkan kasut Adidas bertemakan Cyberpunk 2077 melalui akaun Instagramnya."> solebyjc telah mendedahkan kasut Adidas bertemakan Cyberpunk 2077 melalui akaun Instagramnya." /> solebyjc telah mendedahkan kasut Adidas bertemakan Cyberpunk 2077 melalui akaun Instagramnya." />

Adidas akan mengeluarkan kasut Cyberpunk 2077

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Pengumpul kasut solebyjc telah mendedahkan kasut Adidas bertemakan Cyberpunk 2077 melalui akaun Instagramnya.

Nampaknya nama rasmi kasut ini ialah Adidas X9000L4 Boost x Cyberpunk 2077.

Beliau sering memperoleh model contoh kasut-kasut yang belum dilancarkan daripada jenama-jenama besar seperti Nike dan Adidas.

Adidas sendiri belum mendedahkan kasut ini secara rasmi. Oleh itu, masih tiada maklumat tentang tanda harga, tarikh pelancaran, dan ketersediaan kasut ini. Penulis yakin semua maklumat ini akan dikongsi oleh Adidas pada tarikh yang lebih dekat dengan pelancaran permainan Cyberpunk 2077.

Tiga ciri utama yang menunjukkan kasut ini sememangnya diinsipirasikan oleh Cyberpunk 2077 ialah tulisan besar “Cyber” dan “Punk” di bahagian tepi kasut, tulisan holograf “Cyberpunk” di lidah kasut, dan rekaan di bahagian tumit yang mempunyai tulisan “Neural Connection Status: Active”.

Penulis berharap kasut ini akan dilancarkan juga di Malaysia agar peminat-peminat Cyberpunk 2077 di sini dapat membelinya. Ia pasti menjadi satu penambahan hebat dalam koleksi peminat atau pengumpul barangan Cyberpunk 2077.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+