Adik Berusia 7 Tahun Ini Menangi Kejohanan Pokémon Antarabangsa

Pada hujung minggu baru-baru ini, Kejohanan Pokémon Oceania International 2020 diadakan di Melbourne, Australia. Ia dianjurkan oleh The Pokémon Company.

Siapa sangka, pemenang untuk kategori Juniors Kejohanan Pokémon Oceania International untuk tahun ini ialah Simone Lim, seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun yang berasal dari Singapura!

Simone menjadi johan apabila dia mengalahkan Justin Miranda-Radbord, pemenang Juniors Kejohanan Pokémon Oceania International 2019, di perlawanan terakhir.

Dalam temuramah selepas perlawanan, Simone mengucapkan terima kasih kepada ibu bapanya serta rakan-rakan dan jurulatih yang memberi sokongan.

Dengan kemenangan ini, dia membawa pulang sekurang-kurangnya AS$1,500 (RM6,300) dan juga memperoleh slot kelayakan untuk bertanding di peringkat Kejohanan Dunia (World Championships) yang akan diadakan pada bulan Ogos tahun ini di United Kingdom.

Apa yang menarik tentang kemenangan ini adalah ia merupakan kejohanan antarabangsa pertama Simone dan ini ialah musim pertama dia bermain secara kompetitif.

Terdapat beberapa kategori yang dipertandingkan dalam kejohanan tersebut. Antaranya ialah kategori Juniors untuk peserta bawah umur 18 tahun.

Dalam kategori tersebut, permainan video yang dimainkan ialah Pokémon Sword & Shield yang dilancarkan untuk konsol Nintendo Switch.

 

Ketika temuramah tersebut, Simone tidak berhenti memeluk patung mainan Eevee miliknya. Sungguh comel!

Sumber: IGN

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+