Advance Wars permainan video popular era Game Boy Advance kini kembali dengan reboot

Nintendo nyata menunjukkan E3 kali ini masih milik mereka. Nintendo semalam pengumumkan Advance Wars 1 + 2  Re-boot Camp yang bakal keluar 3 Disember tahun ini.

Ia mempunyai cara bermain yang sama iaitu sebagai permainan video turn-based tactics untuk Orange Star Army di mana anda perlu bergerak dan mengawal unit-unit tentera darat, udara dan laut dalam pelbagai jenis peta dan situasi di dalam Advance Wars.

Anda boleh bermain sebagai Andy, Max, Sami dan beberapa Commanding Officers yang lain dengan keunikan dan CO Powers yang berlainan. Sebagai contoh, Andy boleh membaiki unit-unit anda dan Sami pula akan meningkatkan kelebihan unit-unit anda untuk berperang.

Anda boleh melihat perbezaan grafik Advance Wars GBA dan Advance Wars Reboot yang masih mengekalkan rekaan lama cuma dengan grafik baharu.

Advance Wars Gameplay - No Commentary - YouTube

Nintendo is bringing remakes of 'Advance Wars' and its sequel to Switch |  Engadget

Anda kini boleh membuat pra-tempahan untuk Advanced Wars 1 + 2 Re-Boot Camp dengan harga AS$59.99 iaitu lebih kurang RM240 dan permainan video ini bakal dilancarkan pada 3 Disember ini.

RELATED NEWS

+