After 5 Gaming League kembali dengan hadiah terkumpul RM76,000

Kejohanan korporat After 5 Gaming League (A5GL) yang dianjurkan oleh Acer Predator kini kembali lagi!

Para pemain dan peminat e-sukan amatur dijemput untuk mewakili syarikat masing-masing dalam kejohanan ini. Pendaftaran percuma kini telah dibuka dan akan ditutup pada 10 November ini. Kejohanan ini akan berlangsung dari 13 November hingga 5 Disember.

Seperti yang dinyatakan dalam nama kejohanan ini, semua perlawanan akan berlangsung selepas 5PM. Dengan cara ini, mereka yang berminat boleh menyertai kejohanan ini tanpa perlu mengorbankan waktu pekerjaan.

Kali ini, hadiah terkumpul yang ditawarkan secara keseluruhan berjumlah RM76,000. Ia dipecahkan kepada empat permainan iaitu VALORANT, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), DOTA 2, dan PUBG Mobile.

Berikut adalah tarikh dan senarai hadiah untuk setiap permainan yang disenaraikan:

 

VALORANT

 

MLBB

 

DOTA 2

 

PUBG Mobile

Jika anda tidak berminat untuk menyertai kejohanan ini sebagai pemain, anda juga boleh melibatkan diri dalam beberapa aktiviti ketika menonton siaran langsung kejohanan. Anda boleh memenangai pelbagai jenis barangan Acer Predator dan hadiah utama ialah Predator x OSIM Gaming Massage Chair.

Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan ini, anda boleh melayari laman Facebook Rasmi A5GL.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+