Afterlove EP dari studio Indonesia Pikselnesia bakal dilancarkan

Pembangunan permainan Indonesia kini berkembang rancak dengan beberapa permainan yang digemari oleh peminat dari serantau dunia seperti Coffee Talk dan What Comes After.

Kini, Pikselnesia membawakan permainan terbaharu mereka, Afterlove EP, sebuah permainan novel visual yang mengutarakan penceritaan yang mantap melalui plot dan permainan irama.

Permainan ini menawarkan jalan cerita yang pelbagai dan membenarkan anda memilih langkah jalan cerita yang mungkin akan memberikan anda penamat yang berbeza berdasarkan pilihan anda sepanjang permainan.

Menurut Pikselnesia, kisah permainan ini berlangsung di Jakarta, Indonesia, di mana watak utamanya Rama mencari maksud hidup dirinya sambil mencipta musiknya tersendiri.

Disamping itu, Rama juga mencari maksud cinta serta meneruskan kehidupan selepas kehilangan kekasihnya, Cinta, yang masih terngiang-ngiang di fikiran Rama.

Permainan ini dijangka akan dilancarkan pada musim panas 2022 dan boleh diperoleh dari Steam. Buat masa ini, harga belum ditentukan oleh pembangun atau penerbit permainan.

RELATED NEWS

+