Agen baharu VALORANT, Chamber, bakal tiba esok

Selepas ditangguhkan pelancaran selama dua minggu untuk menambahbaik dan membaiki pepijat, Riot hari ini mengumumkan agen ke-17 VALORANT, Chamber akan tiba esok.

Chamber adalah agen Sentinel yang memiliki dua senjata sebagai peralatannya iaitu sepucuk pistol The Headhunter dan selaras senapang Tour De Force sebagai ultimate yang mampu membunuh musuh dengan satu tembakan. 

Selain itu, Chamber juga mempunyai kebolehan untuk teleport dan Trademark, iaitu kebolehannya untuk menjejak musuh dan memperlahankan pergerakan mereka. 

Ketibaan Chamber sebagai agen baharu VALORANT adalah penantian yang ditunggu-tunggu oleh peminat dan pemain permainan FPS itu. Bahkan, kemunculannya di dunia VALORANT akan sedikit sebanyak mengubah meta permainan itu. 

Adakah anda menantikan kemunculan Chamber?

Sumber: Dot Esports

RELATED NEWS

+