Ahmad hampir jadi mangsa nahas pesawat Sriwijaya Air SJ 182

Tragedi menyayat hati berlaku dua hari lepas apabila pesawat Sriwijaya Air SJ-182 dilaporkan terhempas di Kepulauan Seribu, DKI Jakarta.

Pemain Alter Ego, Ahmad “Ahmad” Abdurrahman bersyukur ke hadrat ilahi apabila dirinya terselamat daripada menjadi korban pesawat terhempas itu.

“Terima kasih Ya Allah kerana masih diberi kesempatan hidup. Perancangan awal tinggal ujian SWAB pada 8 Januari dan pesawat yang akan dinaiki adalah Sriwijaya Air pada 9 Januari.

“Doakan untuk Sriwijaya. Semoga keluarga yang menghadapi nahas kuat dan tabah,” katanya.

Beliau yang berasal dari Pontianak memang dijadualkan untuk balik kampung tapi tidak jadi dan nyata bersyukur dijauhkan dari nahas tersebut.

Ahmad difahamkan sebelum ini positif COVID-19 dan tidak mampu untuk mengikuti rakan-rakannya bersaing di kejohanan dunia Mobile Legends, M2 di Singapura pada 18 Januari ini.

Beliau digantikan oleh Yam.

RELATED NEWS

+