Ahmad masih bersama dengan Alter Ego?

Baru-baru ini pasukan Alter Ego baru sahaja mengumumkan roster mereka untuk musim kelapan, Ahmad langsung tidak kelihatan di dalam video itu. Sebelum ini beliau handal menggunakan Benedetta dan Johnson di dalam musim ketujuh.

Rata-rata peminat memuji aksi yang ditonjolkan oleh beliau. Kehilangan Ahmad di dalam pasukan sudah pasti menjadi tanda tanya kemanakah arah tuju beliau untuk musim kelapan. Sama ada beliau berehat atau berpindah ke pasukan yang lain.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

Akan tetapi, melalui perkongsian @emak_moba, Ahmad masih lagi bersama pasukan Alter Ego seperti biasa. Ianya seakan-akan berkongsi nasib seperti Xinnn yang sebelum ini berehat sebentar di dalam pasukan RRQ dan kini masuk kembali roster.

Doyok juga berada di dalam Instagram story itu namun beliau dikatakan menemani teman wanitanya yang berada di dalam pasukan Alter Ego Ladies. Kesimpulannya apakah Ahmad masih lagi bersama pasukan Alter Ego? 

Pengumuman itu amat dinantikan oleh para peminat dan kita bakal merungkap perkara ini tidak lama lagi.

RELATED NEWS

+