Ajiqtusok tidak lagi bersama Todak

Muhammad Amirul Raziq atau lebih dikenali sebagai Ajiq atau Ajiqtusok adalah salah seorang pemain profesional untuk pasukan Todak MLBB.

Dia sering menggantikan Ciku dan bermain di posisi jungler. Sepanjang Ajiq bersama Todak, dia berjaya meraih satu piala MPL di musim ke-9.

Namun begitu, jodoh Ajiq bersama Todak tidak begitu panjang apabila dia tidak lagi bersama pasukan Todak.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by TODAK MOBILE LEGEND (@todakmlbb)

Pengumuman Ajiq keluar dari Todak itu diumumkan sendiri oleh pasukan Todak di dalam sebuah hantaran di akaun rasmi Instagram mereka.

Todak juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan bantuan yang diberikan oleh Ajiq sepanjang kariernya bersama pasukan Todak.

Selamat maju jaya buat Ajiq! Semoga kita akan dapat menyaksikan permainan Ajiq di pentas MPL musim ke-10 nanti bersama pasukan baru.

RELATED NEWS

+