Akatsuki adalah juara Arabia Major, wakil dari Timur Tengah ke M3

Selepas berentap di pusingan kalah mati yang berlangsung pada 13 Ogos lalu, kini juara Arabia Major sudah diumumkan iaitu pasukan Akatsuki.

Akatsuki akan bersama dengan 15 pasukan yang lain untuk bertanding di Kejohanan Dunia Mobile Legends, M3 yang akan berlangsung pada bulan Disember ini. 

Kemasukan pencabar baru ini pasti akan meningkatkan lagi cabaran yang perlu dihadapi dari negara Asia Tenggara nanti.

Terdahulu, Moonton mengumumkan Kejohanan Latam untuk wakil dari Amerika Latin dan pusingan kelayakan untuk negara-negara dari Amerika Utara.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

Mobile Legends sudah 5 tahun meluaskan pengaruhnya ke seluruh dunia di dalam arena e-sukan permainan peranti mudah alih.

Sebelum ini, mereka kerap dilabel sebagai permainan peranti mudah alih yang hanya popular di dalam benua Asia Tenggara. 

Namun begitu, Moonton menyangkal persepsi itu dengan mengadakan salah satu liga baru untuk negara dari Timur Tengah, Arabia Major.

Liga ini dibuat untuk negara dari benua itu bertarung antara satu sama lain demi mendapat gelaran juara. Juara akan mewakilkan benua itu untuk bermain di Kejohanan Dunia, M3.

Sumber: @emak_moba

RELATED NEWS

+