Akatsuki digantikan oleh GX Squad? Ini jawapan MLBB

Kejohanan Dunia M3 menyaksikan 16 pasukan akan bertarung untuk merebut gelaran juara dunia serta wang hadiah lumayan terkumpul sebanyak AS$800 ribu (RM3.3 juta).

Salah satu dari 16 pasukan iaitu Akatsuki sudah digantikan tempat oleh pasukan GX Squad. Berita itu disahkan oleh pihak MLBB di Facebook rasmi mereka, dalam bahasa Arab.

Menurut MLBB, keputusan itu dibuat berdasarkan masalah pas perjalanan dan dos vaksin yang tidak mengikut piawaian dari pihak mereka.

Justeru, pasukan Akatsuki harus menerima keputusan itu oleh kerana pihak MLBB sangat mementingkan keselamatan pemain di samping menjamin persekitaran yang selamat buat penonton dan juga krew-krew yang terlibat.

Kegagalan Akatsuki untuk memenuhi klaus-klaus yang diguna pakai oleh MLBB di dalam terma dan syarat membuatkan mereka gagal melayakkan diri ke Kejohanan Dunia M3.

Sumber: @emak_moba

RELATED NEWS

+