Akaun CSGO bernilai RM4.18 juta digantung di Steam

Salah satu inventori Counter-Strike: Global Offensive yang paling mahal di dunia hilang selama-lamanya berikutan gantungan Komuniti Steam atau Steam Community ban.

Menurut YouTuber CSGO TDM_Heyzeus, peniaga konstum senjata, QKSS, menerima larangan komuniti langsung daripada Valve. Ini mengunci kawalan inventorinya dan menyebabkan kostumnya tidak boleh diakses dan tidak boleh dijual beli. Profil QKSS sejak itu disorok tetapi mereka diketahui mempunyai banyak kostum senjata, sarung tangan dan pelekat yang sangat jarang dan mahal pada akaun mereka.

Antara item dan kostum yang jarang dan mahal yang akan sangkut di akaun itu adalah sebuah Case Hardened AK-47 yang dilengkapi 4 pelekat Titan Gaming dari ESL Katowice Major 2014. Kostum senjata ini bernilai AS$150,000 (RM628,500).

Senjata ini kali terakhir dilihat dipakai oleh Dupreeh pada tahun 2021.

Dia juga mempunyai Medusa AWP dengan 4 pelekat Titan Gaming daripada ESL Katowice Major 2014. Stiker itu sahaja bernilai AS$25,000 (RM104,750). 

Ketiga-tiga senjata itu sebenarnya sedikit sahaja berbanding keseluruhan inventorinya. QKSS juga mempunyai beberapa pisau dan sarung tangan bernilai ribuan dolar setiap satu.

Di samping itu, inventori itu terdapat berpuluh-puluh pelekat ESL Katowice Major 2014 lain yang tidak digunakan, yang bernilai ratusan ribu dolar jika digabungkan. Gantungan kmuninti itu menghapuskan populasi besar pelekat ESL Katowice Major 2014 yang diketahui wujud.

Gantungan komuniti Steam adalah gantungan yang berpunca daripada kelakuan buruk pada komuniti Steam dan sebagainya.

Diharapkan Valve dapat mempertimbangkan kes ini, kerana QKSS mempunyai salah satu kostum CSGO yang paling mahal menurut senarai ini.

Sumber rujukan: YouTube

RELATED NEWS

+