WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!"> WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!" /> WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!" />

Al-Rami Esports terima suntikan dana RM17 juta, masuk arena kompetitif MLBB, mahu fokus Esports World Cup 2025

Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!


Al-Rami Esports, sebuah organisasi baharu dinamik dalam industri e-sukan global kini melantik Aiman Wafiy Roslan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu.

Aiman sebelum ini yang mempunyai lapan tahun pengalaman dalam industri e-sukan pernah memegang jawatan penting terutamanya di RSG Malaysia apabila pasukan itu memenangi tiga kemenangan besar di PUBG Mobile (PMPL S3), MPL MY S7 dan Call of Duty Mobile Championship.

Al-Rami Esports diasaskan oleh Johnny Tan bersama rakan kongsi dari kumpulan Arab yang identitinya bakal didedahkan dalam masa terdekat. Misi organisasi ini adalah menjadikan Al-Rami Esports sebagai kuasa kompetitif di persada antarabangsa.

Dana sebanyak AS$4 juta (RM17 juta) akan diperuntukkan bagi tahun pertama operasinya pada 2025.

Mereka menyasarkan untuk memasuki arena kompetitif MLBB dengan perkembangan susulan akan dilakukan untuk memfokuskan e-sukan utama yang bakal dipertandingkan dalam Esports World Cup tahun depan termasuk Tekken 8, Street Fighter 6, Sim Racing, PUBGM, dan EA Sports FC 2024 selain mempertimbangkan keinginan melabur dalam Honor of Kings.

“Misi kami adalah untuk membina organisasi yang bukan sahaja mampu bersaing di peringkat global tetapi juga memupuk ekosistem e-sukan yang mampan,” kata CEO Aiman Wafiy Roslan.

“Tahun hadapan akan menjadi titik tolak penting bagi kami, dan kami yakin bahawa fokus strategik kami akan membawa kejayaan jangka panjang.”

Al-Rami Esports merancang untuk mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai usaha dan kerjasama masa depan mereka ketika mereka bersiap sedia untuk musim kompetitif 2025. 

Foto: Al-Rami Esports

RELATED NEWS

+