Wizards of the Coast kini melancarkan acara ‘pre-release’ untuk Foundations, set terbaru Magic: The Gathering (MTG) yang memperkenalkan kad baru dan lama yang kembali dari sejarah Magic. Set ini akan dilancarkan secara rasmi pada 15 November, menawarkan pengalaman permainan klasik yang sudah dipertingkatkan untuk pemain baru dan lama.
Foundations menyatukan semua yang terbaik dari Magic dalam satu set, dengan kembalinya kad dan artis kegemaran pemain lama serta pengenalan Planeswalkers, Land, dan Legenda hebat dari seluruh Multiverse. Set ini sesuai untuk semua pemain, tak kira yang mula bermain atau yang berpengalaman.
Pilihan Untuk Semua Pemain
Bagi yang baru bermula, Beginner Box menawarkan pengalaman asas dengan dua dek, buku rujukan, dan playmat khas. Untuk pengumpul, Starter Collection mengandungi lebih 350 kad asas untuk semua warna dan gaya permainan. Selain itu, Jumpstart Boosters membolehkan pemain membina dek dengan cepat menggunakan dua pack bertema.
Foundations juga menawarkan pengalaman mengumpul kad yang tiada tandingan, dengan 70 kad borderless, kad Eclipse Mana Foil, dan kad Japan Showcase eksklusif. Terdapat juga kad Anime yang unik dalam setiap pack Jumpstart.
Muat Turun Set Lengkap dan Maklumat Lanjut
Foundations termasuk Beginner Boxes, Starter Collections, Play Boosters, Collector Boosters, Jumpstart Boosters, dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Magic di laman web ini.
Foto: Wizards of the Coast
Follow kami di WhatsApp, Instagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!