Alat kawalan dan headset nirwayar edisi terhad The Last of Us Part II akan dilancarkan pada 19 Jun 2020

Tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi sehingga pelancaran The Last of Us Part II di PlayStation 4 (PS4). Jika anda peminat tegar The Last of Us, terdapat dua produk baharu yang menarik bakal tiba pada hari pelancaran judul tersebut.

Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan pelancaran alat kawalan Dualshock 4 dan juga headset nirwayar edisi terhad The Last of Us Part II. Kedua-dua produk ini akan mula dijual di kedai Sony dan kedai rasmi PlayStation pada 19 Jun 2020.

Alat kawalan Dualshock 4 edisi terhad The Last of Us Part II mempunyai warna utama matte Steel Black dan butang-butang berwarna putih. Pada bahagian pemegang kanan, ia mempunyai corak daun paku sama seperti tatu watak Ellie. Logo The Last of Us Part II terletak di bahagian touchpad alat kawalan ini.

Produk ini akan dijual pada harga RM279.

Headset nirwayar edisi terhad The Last of Us Part II juga mempunyai warna utama yang sama tetapi earcup dalaman pula diberikan kesan kontra dengan warna merah lembayung. Tatu daun paku Ellie mencorakkan bahagian dalam headset dan logo judul tersebut ditonjolkan di bahagian luar headset.

Headset ini akan dijual pada harga RM449.

The Last of Us Part II akan dilancarkan secara eksklusif di PlayStation 4 (PS4) pada 19 Jun 2020. Versi Digital Standard (RM239) dan Digital Deluxe (RM299) judul tersebut boleh dipra-tempah di PlayStation Store.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+