Digelar peranti BioHybrid, alat kawalan ini mempunyai empat butang dan satu pad sentuh.

Foto: BioHybrid
Semuanya bermula apabila terdetik persoalan apa yang akan terjadi apabila bahan bio dengan teknologi digabungkan untuk menjadi peranti berinteraktif.
Direka oleh Vivien Roussel, Madalina Nicolae dan Marc Teyssier; peranti BioHybrid ini adalah kombinasi tumbesaran biologi dan rekaan teknologi.

Foto: BioHybrid
Menurut mereka, ciptaan ini menggunakan populasi bakteria dan yis (SCOBY) yang mana kombinasi ini akan membentuk selulosa bakteria akibat simbiosis.
Bahan ini juga akan menjadi seperti kulit.
Sebelum campuran bakteria dan yis ini mengeras, mereka memasukkan komponen elektronik untuk menjadi alat kawalan permainan video.

Foto: BioHybrid
Walaupun sangat menarik, tetapi peranti sebegini masih berada di dalam fasa awal dan proces pembuatannya sangat kompleks dan memerlukan penyelenggaraan untuk berfungsi dengan lama.

Foto: BioHybrid
Teknologi ini mungkin pada masa hadapan dapat digunakan sebagai bahan semulajadi yang boleh berubah dan akhirnya reput dengan selamat.