Alat kawalan PlayStation untuk peranti mudah alih mungkin akan datang nanti

Sony kini mencuba untuk memasuki pasaran mudah alih dengan alat kawalan PlayStation yang sesuai untuk digunakan bersama telefon.

“Kami sudah lama memikirkan pemain untuk menikmati semua kandungan tidak mengira pelantar dan eksperimen kami dengan permainan mudah alih dan aplikasi memudahkan para gamers untuk membuat pilihan,” ujar Jim Ryan Presiden dan CEO Sony Interactive Entertainment.

“PlayStation mempunyai banyak katalog dan IP yang boleh ditukarkan kepada versi mudah alih bersama-sama dengan permainan video AAA,”

VideoGamesChronicles berjaya mendapatkan gambar mengenai patent bentuk alat kawalan baru ini.

Berkemungkinan alat kawalan itu boleh diubah saiz mengikut kesesuaian saiz telefon anda.

RELATED NEWS

+