Alberttt menjadi pemain pertama RRQ selepas reset dilakukan

RRQ Hoshi kecundang di peringkat playoff MPL Indonesia musim ketujuh. Mereka sudah mengalami kekalahan di tangan Genflix Aerowolf 1-2 semasa perlawanan pembukaan menjadikan mereka pasukan pertama yang tersingkir daripada pertandingan itu.

Berikutan dari kejadian itu, pasukan RRQ kini mula melakukan strategi yang baru bagi menangkis kekalahan terdahulu. Mereka sebelum ini sering digelar sebagai Sang Raja dek kerana menjadi juara back to back pada musim kelima dan keenam. Selain itu, mereka turut meraih gelaran juara yang pertama di MPL Indonesia musim kedua.

Menurut ONE Esports, pihak pengurusan RRQ memutuskan untuk membubarkan sementara pasukan Hoshi yang ada di dalam mahupun di luar skuad. Mereka akan membuat pemilihan yang baru dan Alberttt merupakan pemain pertama yang berjaya mendapat tempat itu.

Mereka sudah membuat pengumuman itu melalui akaun rasmi Youtube RRQ Hoshi, di dalam pautan video itu tidak banyak perkara yang disampaikan oleh pasukan. Namun begitu, point penting yang harus diambil adalah Alberttt menjadi pemain pertama yang masuk ke dalam pasukan dan memegang posisi jungler.

Di ahir video, RRQ Hoshi turut memberikan hint bahawa pasukan baru itu akan memiliki enam pemain.

Kita bakal menyaksikan tidak lama lagi skuad penuh pasukan ini. Mungkin dengan pembubaran roster dari Aerowolf, pasti RRQ tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil Clay ke dalam pasukan. Selain daripada itu, kelibat Clay juga dilihat di gaming house bersama para pemain RRQ Hoshi sebelum ini sewaktu Alberttt melakukan siaran langsung di GH.

Sumber rujukan: ONE Esports

RELATED NEWS

+