Alberttt yakin banyak pemain dari Bali yang akan masuk ke MPL

Alberttt merupakan pemain bintang yang tidak asing lagi di dalam dunia MLBB. Mana tidaknya, pemain licik ini cukup menakutkan tatkala Ling menjadi genggaman beliau di dalam permainan. Beliau juga merupakan pemain yang berasal dari Bali berjaya menempah nama di arena antarabangsa.

Pada setahun yang lepas, terdapat banyak pemain yang berasal dari Bali mula mempelopori arena MPL.

Ia dimulakan dengan kemunculan Larajie di EVOS Legends pada musim kelima seterusnya Panser, Bottle dan Alberttt yang mempunyai bakat besar di dalam permainan peranti mudah alih ini. Pemain ini bukan calang-calang orangnya, mereka sering digelar sebagai wonderkid di arena ini.

Akan tetapi tidak semuanya berpeluang menjadi seperti Alberttt. Larajie tidak aktif kembali manakala Panser masih berada di dalam pasukan MDL. Namun begitu, kenyataan ini sudah memastikan bahawa Bali adalah salah satu lokasi yang menyumbangkan bakat-bakat besar di dalam arena Mobile Legends Indonesia.

Menurut temubual yang dilakukan oleh ONE Esports terhadap Alberttt.”Bakat-bakat di Bali sudah mulai banyak walau memang tak sebanyak di Pontianak atau Jakarta. Isunya di Bali tidak terlalu ada esports kerana di sana lebih dikaitkan dengan perlancongannya dan kurang fokus kepada e-sukan,” katanya.

“Di masa akan datang, pasti akan terdapat penambahan banyak bakat pemain berasal dari Bali untuk bermain secara profesional kerana mereka adalah berbakat dan ada potensi,” tambah beliau lagi.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+