Alter Ego benam BTR, mara ke Lower Bracket final NMA musim ketiga

Dalam perlawanan Alter Ego menentang Bigetron Alpha di NimoTV MLBB Arena, mereka berjaya menempah slot ke lower bracket final.

Baca bagaimana perlawanan itu dilangsungkan.

PERLAWANAN KEDUA

Pada minit awal permainan, kedua-dua pasukan cuba untuk mendapatkan turtle yang pertama, Rippo menjadi korban dan BTR membalasnya dengan menumbangkan Celiboy yang berada di posisi tidak selamat. Alter Ego akhirnya berjaya mengekalkan dominan mereka dan mendapatkan turtle pertama.

Pertarungan El ninoo dan Rippo di bahagian gold lane ternyata berpihak kepada El ninoo yang menggunakan Benedetta, ini menyebabkan pasukan Alter Ego mempunyai kelebihan untuk mendapatkan turtle. Turtle kedua berjaya didapatkan pasukan BTR selepas menumbangkan Rasyy dan Pai yang cuba mempertahankan posisi mereka.

Di minit ke-22, pertarungan di kubu Lord berjaya memihak pada pasukan Alter Ego selepas berjaya menumbangkan Branz, Rippo dan Kyy. Matt dan Renbo yang cuba mempertahankan base tidak mampu berbuat apa-apa dan kemenangan menjadi milik Alter Ego.

PERLAWANAN KETIGA

Pasukan BTR memilih X.borg sebagai jungler mereka manakala Celiboy memakai hero kegemarannya Lancelot. First blood berpihak pada Alter Ego selepas Celiboy menumbangkan Kyy di bawah lane. Pasukan Alter Ego memiliki kelebihan untuk mengambil turtle namun ia selalu dirampas oleh Branz menggunakan retribution.

BTR kekurangan firepower ketika pertarungan berlaku akibat feathered air strike dari Udil yang bertindak mengeluarkan damage yang tinggi. BTR juga dilihat masih mempunyai kelebihan dari segi farming pada minit keenam akan tetapi Alter Ego sangat berdisiplin dan tidak mahu memaksa sebarang perlawanan jika tidak diperlukan.

Celiboy terus lincah mencari musuh dengan menumbangkan Kyy pada minit ke-10 dan memberikan mereka ruang untuk push lane. Lord pertama berjaya diambil Alter Ego selepas memaksa pasukan BTR berundur, Rippo menjadi korban di dalam pertarungan itu. Push bersama Lord berjaya menghancurkan 3 turret BTR. Kesilapan yang dilakukan BTR pada minit ke-16 menyebabkan mereka dikepung Alter Ego dari belakang, feathered air strike Udil sekali lagi berjaya memberikan damage yang tinggi dan Celiboy terus menghancurkan musuh. Alter Ego seterusnya memenangi perlawanan dan berjaya mara ke peringkat akhir lower bracket.

 

RELATED NEWS

+