Alter Ego rampas slot terakhir peringkat kumpulan Piala Presiden Esports 2021

Piala Prisden Esports 2021 peringkat kelayakan tertutup menyaksikan lapan pasukan MPL Indonesia bertarung di antara satu sama lain untuk merebut slot ke peringkat kumpulan.

Pasukan RRQ Sena dan juga Aura Fire sudah berjaya mendapatkan slot mereka ke peringkat kumpulan selepas mara ke peringkat grand final kelayakan tertutup.

Kini slot ketiga berjaya didapatkan oleh pasukan Alter Ego selepas mereka berjaya menewaskan EVOS Legends dengan skor 3-2.

Piala Presiden Esports 2021 adalah salah satu kejohanan dari pemerintah untuk menghargai barisan pemain profesional di dalam arena kompetitif Mobile Legends Indonesia.

Selain itu, kejohanan ini bertujuan untuk mengembangkan lagi pengaruh e-sukan di Indonesia itu sendiri.

RELATED NEWS

+