Alto’s Odyssey: The Lost City diumumkan untuk Apple Arcade bulan ini

Team Alto, kolaborasi  studio Land & Sea dan Snowman, mengumumkan kembalinya Alto’s Odyssey terbaru yang eksklusif untuk Apple Arcade iaitu Alto’s Odyssey: The lost City, pada 16 Julai ini.

The Lost City mengandungi permainan penuh Alto’s Odyssey, bersama kandungan baru yang dikatakan boleh dibandingkan dengan edisi yang ditambahbaik.

Meskipun pereka  Harry Nesbitt dan Ryan Cash dari Snowman tidak berikan banyak klu spesifik, Harry Nesbitt menyatakan kandungan baru ini “dianyam” dengan pengalaman Alto sedia ada. 

Lebih spesifik, kandungan terbaru termasuk tajuk utama Lost City sebagai bioma baru, tetapi lebih mewah dengan latar belakang baru untuk shenanigan peluncur pasir. Dengan kembalinya komposer Todd baker, terdappat beberapa trek muzik terbaru ditambah, termasuk beberapa kandungan misteri baru.

Ini menandakan, kandungan pertama Alto selepas lebih tiga tahun dan projek rasmi pertama daripada pembangun Land & Sea di bawah nama baru studio mereka. Cash dan Nesbitt menyatakan, buat masa ini tiada sebarang pengumuman dibuat untuk membawa kandungan ini ke platform lain.

Cash juga menyatakan, Alto’s Adventure asalnya dikeluarkan khas untuk iOS sebelum platform lain, jadi mereka ingin fokus pada sesuatu yang istimewa untuk Apple Arcade.

Alto’s Odyssey: The Lost City dirancang akan dilancarkan di Apple Arcade pada 16 julai 2021 dan Team Alto menjanjikan lebih banyak kemaskini selepas pelancaran pada bulan berikutnya. Permainan asas Alto’s Odyssey tanpa The Lost City kini tersedia di platform iOS, Android, PC, PS4, Xbox One dan Nintendo Switch.

RELATED NEWS

+