Amalkan perkara ini jika ingin tembus ke Mythical Glory

Untuk menjadi seorang pemain yang berpengalaman dan mahir di dalam Mobile Legends menjadi impian kebanyakan anak muda yang mencuba permainan peranti mudah alih ini.

Walaubagaimanapun, untuk menjadi pemain yang bagus, anda perlu mengamalkan perkara ini iaitu mata anda tertumpu ke arah peta sepanjang masa. Elemen ini penting kerana ia akan dapat meningkatkan kemahiran anda membuat keputusan.

ELAK DARI DIKEPUNG MUSUH

Jika anda seorang pengguna marksman, pasti anda perlu mendapatkan farm yang banyak dan juga mengelak dari dikepung oleh pihak musuh seterusnya ditumbangkan.

Ini pasti memperlahankan kadar farming anda dan marksman yang kekurangan gold tidak akan dapat membantu pasukan.

Jika mata anda sentiasa tertumpu ke arah peta, anda akan dapat melihat pergerakan hero pihak musuh dan anda boleh membuat keputusan sama ada untuk terus melakukan farming atau tidak.

Jika pihak jungler musuh hilang di dalam peta, anda perlu berhati-hati kerana dia mungkin sedang bergerak ke arah lane anda.

PEKA TERHADAP OBJEKTIF

Melihat peta sepanjang masa ini bukan hanya akan memberikan keuntungan kepada marksman malah ia juga dibuktikan berguna kepada posisi jungler.

Pengawasan peta yang tinggi akan memberikan kelebihan kepada jungler untuk melakukan ganking terhadap pihak musuh serta mendapatkan objektif dengan menumbangkan turtle atau lord.

Selain itu, jungler juga boleh membuat keputusan untuk memulakan perlawanan dengan melihat keberadaan rakan-rakan di dalam peta.

Ini adalah antara elemen-elemen yang penting dengan penguasaan peta yang tinggi. Anda akan menjadi pemain yang lebih berkualiti jika anda mengamalkan perkara ini.

Anda juga dapat membuat keputusan yang lebih bijak untuk masuk ke dalam pertarungan atau tidak. Jika rakan-rakan anda tidak berada berdekatan dengan anda selepas melihat peta maka tidak perlu untuk memulakan pertarungan.

RELATED NEWS

+