Among Us dengan 15 pemain, mod Hide ‘n’ Seek, roles dan peta baharu

Innersloth telah mengumumkan beberapa kemas kini baru yang akan hadir ke Among Us. Kemas kini baru ini bakal diumumkan sempena Summer Game Festival nanti.

Innersloth mengumumkan tentang mod pemain untuk 15 orang. Tambahan 5 orang dari 10 orang untuk mod terdahulu. Peta baru juga akan diperkenalkan nanti beserta dengan mod hide ‘n’ seek. Tidak lupa juga warna-warna baru untuk karakter Among Us anda juga akan mendapat kemaskini. Achievement juga akan ditambah bagi pelantar konsol.

Roles yang pada asalnya hanya wujud dengan mod custom di Among Us kini akan diintegrasikan ke dalam Among Us dengan peranan seperti Sheriff dan Scientist.

Nantikan Among Us dengan kemaskini baru nanti.

RELATED NEWS

+