Among Us: Macam mana nak tutup pintu dan sabotaj orang lain

Sebagai impostor dalam Among Us, tugas anda bukan semudah disangkakan. Ramai yang fikir apabila jadi impostor, anda hanya perlu membunuh kesemua kru kapal. Tapi sebenarnya ia lebih dari itu.

Tidak seperti kru kapal yang ditugaskan menyiapkan beberapa tugasan, Impostor dibekalkan kemahiran untuk sabotaj dan menutup pintu selain keupayaan membunuh jarak dekat serta menyorokkan diri (venting).

Sebagai contoh, anda sebagai impostor boleh sabotaj kru kapal dengan mematikan lampu ataupun oksigen dan merosakkan sistem komunikasi (yang ini paling efisien kerana mereka tak dapat siapkan tugasan).

Apabila impostor gunakan sabotaj, kru kapal perlu membaiki kerosakan ataupun membiarkannya saja. Yang paling seronok, kru kapal tidak boleh menggunakan emergency meeting. Jadi jika anda kantoi sekalipun, gunakan sabotaj dengan segera.

 

Nak tutup pintu? bagaimana?

Selain merosakkan sistem dalam kapal, anda boleh menutup pintu. Pintu ini akan ditutup dan dikunci selama 10 saat. Impostor yang mahir akan menutup banyak pintu sekali gus, menyekat kru kapal lain membantu mangsa yang akan dibunuh.

Cara paling efektif, tekan butang Sabotaj dan pada masa yang sama, bergerak. Jika anda menekan sabotaj dan berdiri tegak, berkemungkinan orang akan melihat dan anda akan terkantoi.

Dalam butang Sabotaj itu juga ada cara untuk mematikan komunikasi, oksigen dan sebagainya. Untuk menutup pintu, lihat indikator X berwarna merah. Dengan menekannya, ia akan menutup pintu tersebut.

Sebagai impostor, anda mempunyai penglihatan yang lebih luas jadi anda boleh lihat siapa akan datang dan terus memerangkap mereka dalam bilik untuk mendapatkan pembunuhan mudah.

Tapi bagaimanapun, anda perlu ingat apabila pintu ditutup, cara sabotaj ini tak menghalang kru kapal menggunakan butang emergency. 

Impostor juga boleh selesaikan sabotaj mereka sendiri. Pintu boleh reset dengan menyambung switch dengan betul di litar. Ia boleh membuatkan anda tidak diragui.

Yang paling anda perlu perhatikan ialah berapa orang yang perlu diperangkap, jika terlalu ramai, yang menjadi saksi akan mengesyaki anda membunuh kawan mereka.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+