Among Us: Peta baru, Airship akan hadir pada awal tahun depan

Peta baharu untuk permainan multi-pemain popular Among Us akan hadir tak lama lagi pada tahun depan.

Dalam Airship, anda boleh memilih lokasi untuk bermula, ada kegunaan tangga, tugasan baharu dan macam-macam lagi.

Semestinya peta baharu ini sudah lama dinanti-nantikan peminat yang sudah mahir bermain dalam tiga peta sedia ada.

Airship juga nampaknya seperti lebih besar dan memerlukan lebih seorang Impostor untuk menjadikan permainan ini lebih seronok.

Selain itu, terdapat kostum yang mana Impostor tersebut menggunakan efek kill berbeza iaitu sinaran laser. Kemungkinan kostum itu juga akan dijual kelak.

RELATED NEWS

+