Amoux dilaporkan menghidap penyakit Leukemia

Bekas jurulatih pasukan Geek Fam iaitu Ariff Iswandi atau lebih dikenali sebagai Amoux kini membuat satu pengumuman tentang status kesihatan dirinya.

Amoux mengesahkan dirinya menghidapi penyakit Leukemia sejak didiagnos pada tahun 2018 sebelum ini. Pengumuman itu dibuat melalui akaun rasmi Facebook miliknya.

“Saya sudah didiagnos dengan penyakit Leukemia ini sejak tahun 2018 dan sudah berperang melawan penyakit itu sejak ia muncul.

“Tidak ramai yang tahu saya menghidapi penyakit ini, tujuan saya memberitahu perkara ini sekarang kerana sejak dua minggu lepas, penyakit saya ini sudah melarat jadi Acute Myeloid Leukemia (AML),” tulis Amoux di dalam hantaran itu.

Selain itu, Amoux juga menyatakan bahawa penyakitnya itu bukannya alasan untuk dia masuk ke dalam mana-mana pasukan akan tetapi dia mahu mereka menggunakan khidmatnya kerana bakatnya dan bukan kerana di atas dasar belas kasihan semata-mata.

Semoga Amoux kembali sembuh secepat mungkin dengan mendapatkan rawatan. Marilah kita sama-sama mendoakan Amoux boleh mengejar impian dan cepat sembuh seperti sediakala.

RELATED NEWS

+