Amoux tak masuk Todak lah..

Todak menafikan berita pengambilan jurulatih baharu, Ariff Iswandi (Amoux) sebagai pengganti Hazim.

Pengurus pasukan Todak, Mohd Syazlan Mohd Rosdi (Ashi) berkata berita itu palsu kerana sehingga kini belum ada pemilihan jurulatih baharu.

“Buat masa sekarang Hazim masih jurulatih Todak sehingga jurulatih baru dipilih (jika ia berlaku),” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Terdahulu, tular di MPL MY Official Group di Facebook berkenaan posting Amoux masuk ke pasukan Todak sebagai jurulatih baharu.


Difahamkan, Amoux berhasrat keluar dari Geek Fam dan sedang mencari pasukan baru tidak mengira negara.

RELATED NEWS

+