Amoux terima banyak tawaran, termasuk menjadi penganalisis di Filipina

Ariff Iswandi atau lebih dikenali dengan nama pentasnya iaitu Amoux adalah jurulatih dari pasukan Geek Fam. Amoux antara jurulatih yang disegani di dalam arena kompetitif Mobile Legends kerana pernah membawa pasukan Todak mendapatkan tempat ketiga di Kejohanan Dunia M1.

Baru-baru ini, Amoux ada memuat naik status di Instagram story, menyatakan hasratnya untuk mencari pasukan lain dan memohon pihak yang berminat untuk menghubunginya. 

Bagi mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut, pihak kami menghubungi Amoux dan dia berkata terdapat beberapa pasukan dari pelbagai negara yang sudah menghubunginya.

“Buat waktu sekarang, ada pasukan dari Malaysia dan juga luar negara melamar saya.

“Singapura ada dua, Malaysia ada tiga, Indonesia juga ada menghubungi saya untuk menjadi jurulatih MDL. Filipina tidak terkecuali dan mereka ingin mengambil sebagai penganalisa,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Dia juga berkata ada pasukan Myanmar turut melamarnya.

Walaupun begitu, Amoux hanya berminat dengan satu tawaran sahaja. “Buat waktu sekarang, cuma satu yang saya berminat,” akhirinya.

Kemanakah hala tuju Amoux selepas ini? Terdahulu, pasukan Geek Fam gagal layak ke playoff MPL MY S9 oleh kerana faktor kekurangan mata di peringkat liga.

Artikel berkaitan: Ashi nafi Amoux masuk Todak

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+