Anak Malaysia jadi Pelakon Tangkapan Gerakan untuk karakter Apex Legends

Dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia, Chelsea Sik adalah pelakon tangkapan gerakan untuk Legends Alter dalam permainan video battle royale terkenal Apex Legends.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Apex Legends (@playapex)

Chelsea Sik berpindah ke Amerika Syarikat pada umur 15 tahun untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang seni persembahan.

Dia juga seorang pelakon, penerbit esekutif dan mencipta kandungan digital.

Chelsea juga dikenali untuk lakonannya dalam cerita Foreign Planetary iaitu satu filem pendek yang kian terkenal di sosial media.

Alter boleh dikatakan Harley Quinn versi Apex Legends.

Apex Legends Alter Abilities and ALL Season 21 Update Details - IGN

Legends ini menggunakan gimik menggunakan kuasa void yang membenarkannya mencipta keretakan portal yang boleh digunakan untuk kelebihannya sendiri.

“Saya memberi fokus untuk menjadi karakter yang suka bergurau tetapi berbahaya pada satu masa.” ujar Chelsea dalam ciapan di Instagramnya.

“Pengalaman temuduga untuk Alter sangat menyeronokkan dan boleh dikatakan ini adalah temu duga yang paling dahsyat yang saya pernah lalui.” tambahnya lagi.

RELATED NEWS

+